Monday, January 14, 2019


1.0 JENIS-JENIS PENYELENGGARAAN RANGKAIAN


         Penyelenggaraan rangkaian bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat mengikut tempoh atau jangka masa tertentu sama ada secara  bulanan,suku tahun,setengah tahun, atau tahunan bagi memastikan sesuatu aset rangkaian itu berfungsi dengan baik sepanjang tempoh penggunaannya

         Penyelenggaraan aset rangkaian bertujuan :-

         a) Memastikan aset rangkaian berfungsi dengan lancar secara berterusan dan
             selamat digunakan

        b) Memelihara dan memanjangkan jangka hayat

        c) Meningkatkan keupayaan

1.1 Penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance)
     
      Penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance) ialah tindakan penyelenggaraan berjadual
      yang diambil untuk memeriksa,membaiki atau mengganti komponen secara teratur dan berfungsi
      dengan lancar secara berterusan.

1.2 Penyelenggaraan pemulihan (Corrective Maintenance)

      Penyelenggaraan pemulihan (Corrective Maintenance) ialah tindakan membaiki atau mengganti komponen supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan


     2.0 TYPES OF COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY

     2.1 Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Connection-LAN)

Image result for local area network


Rajah 2.1 : Local Area Network

Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN)
adalah rangkaian komputer yang merangkumi kawasan fizikal yang kecil,
seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau
lapangan terbang.

2.2 Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network –WAN)

Image result for wide area network


Rajah 2.2 : Wide Area Network


Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network- WAN)
merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya
digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang
berbeza seperti (negeri, negara & benua).WAN yang paling besar dan
terkenal ialah Internet.


2.3 Rangkaian Kawasan Bandar (Metropolitan Area Network-MAN)


Image result for man metropolitan area network
Rajah 2.3 : Metropolitan Area Network

Rangkaian Kawasan Bandar (Metropolitan Area Network-MAN)
lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding
dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar – bandar,
gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN
menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara,
data, imej dan video.


2.4 Wifi

Image result for wifi

Rajah 2.4 : Wifi

Wi-Fi (juga dikenali sebagai Wifi atau WiFi) merupakan piawai
untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar
menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network. Wi-Fi membenarkan
alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet dengan
menggunakan gelombang radio 2.4 GHz UHF(Ultra High Frequency) dan
5 GHz SHF(Super High Frequency). Nama Wi-Fi sering dianggap sebagai
singkatan wireless fidelity, tetapi sebenarnya merupakan tanda
dagangan dan digunakan dengan terma audiophile Hi-Fi. Wi-Fi Alliance
mentakrifkan Wi-Fi sebagai mana-mana produk WLAN yang
berdasarkan piawaian 802.11 Institut Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik.Dalam topologi bas, semua komputer disambung kepada bas
sebagai cabang daripada talian umum dan talian umum ini dipanggil 'trunk'
(juga dikeali sebagai backbone atau segmen). Setiap nod dalam topologi bas
mempunyai alamat yang unik.

3.0 PERKAKASAN RANGKAIAN DAN KOMPUTER

3.1 Teknik Analisis
Organisasi perlu:

a) Menentukan data yang diperlukan
b) Laksanakan pengumpulan data
c) Analisa data tersebut

3.1.1 Tujuan pengumpulan data

a) Mengetahui /memahami keadaan sebenar sesuatu
perkara
b) contoh : memeriksa % barang yang rosak di dalam suatu
lot
c) Tujuan analisa/penyelidikan
d) contoh : mencari hubungkait antara akibat dan sebabsebabnya.
e) Mengawal proses
f) contoh : carta kawalan
g) Membuat standard(regulating data)
h) contoh : data digunakan sebagai asas untuk menaikkan /
menurunkan suhu dengan ini suhu standard /stabil boleh
dicapai
i) Untuk penerimaan/penolakan
j) contoh : data yang digunakan untukpenerimaan atau
penolakan sesuatu produk selepas pemeriksaan

3.1.2 Analisis data penyelenggaraan

a) Bilangan „breakdown‟ - kerosakan
b) Bilangan kebocoran
c) Jangkamasa diantara permohonan perkhidmatan dengan
pelaksanaan kerja
d) Keberkesanan penyelenggaran
e) Masalah yang berulang-ulang
3.1.3 Langkah –langkah Pengumpulan Data
a) Pastikan sasaran kerja yang ditetapkan
b) Tentukan faktor yang perlu bagi pengukuran data
pencapaian
c) Pastikan sumber maklumat direkodkan
d) Tentukan kekerapan pengumpulan data dalam proses
kerja
e) Kumpulkan semua sumber data untuk analisis
f) Sediakan ringkasan laporan pencapaian dari sumber
data asas.
g) Tentukan jenis data yang ada dan teknik statistik yang
bersesuaian dengan data
h) Sediakan analisis pencapaian proses.
i) Bandingkan dengan sasaran yang diberikan.
j) Laksanakan tindakan pembetulan jika gagal menepati
sasaran kerja.

3.2 Jenis-Jenis Laporan

3.2.1 Activity Log

Activity log adalah satu kaedah atau cara merekod tugas – tugas /
data – data yang telah dilaksanakan dalam bentuk jadual atau laporan.
Ini dapat membantu dalam menguruskan masa dengan bijak, selain itu,
ia dapat mengekalkan perancangan suatu proses kerja / aktiviti
bergantung kepada kemahiran individu tersebut. Kaedah ini dapat di
laksanakan dengan dua kaedah iaitu menggunakan secara manual
ataupun penggunaan perisian.

3.2.2 Senarai Semak
Senarai semak ataupun Ckecklist adalah satu dokumen yang
digunakan untuk membantu individu dalam memastikan kesempurnaan
menyelesaikan tugas yang dilaksanakan. senarai semak amat penting
digunakan semasa melaksanakan prosedur operasi penyelenggaraan
dan pencegahan. Contohnya, apabila seorang juruteknik membuat
preventive maintenance di dalam makmal komputer, senarai berkenaan
tugas – tugas yang berkaitan perlu di tulis supaya tiada maklumat atau
perkara yang tercicir.

3.2.3 Laporan Servis
Laporan servis adalah satu dokumen yang digunakan apabila
telah melaksanakan satu kerja atau penyelenggaraan. Ia bertujuan
memastikan perkhidmatan servis direkod dan dijadikan sebagai bukti
kerja – kerja servis telah dilaksanakan. Laporan servis boleh
digunakan untuk kegunaan dalaman dan luaran. Kriteria yang perlu
ada di dalam boring servis adalah:

a) Logo dan maklumat organisasi
b) Nombor rujukan dan tarikh servis
c) Maklumat tentang servis yang dijalankan
d) Maklumat tentang peralatan yang diservis
e) Laporan servis
f) Tandatangan pengesahan bagi juruteknik dan pelanggan
3.2.4 Faulty Parts

Mengenalpasti sesuatu yang perlu dibaiki bermakna bermulalah
proses mengesan kerosakan. Mengesan kerosakan adalah satu
proses mengenal atau menganalisa masalah dan mencari jalan
penyelesaian. Sebelum itu anda perlu:

a) Memahami tugas yang hendak dilakukan
b) Mengetahui kehendak tugas
c) Mengenalpasti masalah
i. Adakah sistem memenuhi kehendak anda?
ii. Bila kali terakhir sistem memenuhi kehendak anda?
iii. Bagaimana ia berbeza dengan yang asal?
d) Menerima kehadiran masalah
e) Mengenalpasti masalah
f) Mengenalpasti punca masalah
g) Mengenalpasti bukan punca masalah
h) Membaiki masalah
i) Membaiki penyebab masalah

3.2.5 Cable

Di dalam beberapa kajian, banyak kes menunjukkan rangkaian
yang mengalami masalah disebabkan oleh pengkabelan. Dengan
melakukan perancangan yang rapi dan mengkaji dengan teliti
beberapa faktor yang berkaitan dapat mengelakkan daripada
masalah setelah sistem beroperasi sepenuhnya. Padamasa kini,
penggunaan kabel adalah sesatunya cara dalam penggunaan telefon
dan penghantaran data. Antara kelebihan yang diperolehi daripada
penstrukturan ini ialah:

a) Sekata (Consistency). Ianya tidak akan berubah cara
penggunaannya
b) iaitu untuk penghantaran data, suara (voice) dan video.
c) Menyokong kepada pelbagai perkakasan yang ada dalam
pasaran
d) samada daripada jenama atau syarikat yang berlainan.
e) Mudah diubah, ditambah dan ditukar sekiranya terdapat
perubahan
f) pada sistem.
g) Mudah untuk melakukan kerja-kerja troubleshooting dan
h) penyelenggaraan
i) Menyokong kepada aplikasi yang bakal muncul pada
masa akan datang




No comments:

Post a Comment